Blogger Backgrounds

Sunday, October 21, 2012

saya sangat rindukan mereka...

Saturday, February 4, 2012


Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Salam bahagia...

Sebagai seorang wanita, tidak mengira kerjaya, kita haruslah menjaga kecantikan dan adab..disini ada beberapa tips yang saya dapat untuk dikongsi supaya selalu kelihatan ayu...cewah...haha...



Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan.

Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'.

Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam. Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan.

Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.

Jangan banyak berangan. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit. Menjaga gerak-geri.

Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Jom sama-sama perbaiki diri....^_^
Wassalam..

Doa Buat Kekasih

Doa Ku Untuk Mu.

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan, Dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagiaan antara kami, Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ketepian yang sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engaku takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... Berikanlah aku kekuatan, Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang merah, Agar ku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan, Adalah yang terbaik untukku, Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui, Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Di dunia dan di akhirat, Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini, Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian, Di dunia ini mahupun di akhirat, Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, Kejalan yang Engaku redhai, Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin..

Saturday, January 28, 2012

10 Perkara Hal Sia-Sia...

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,
menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam
kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak
dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca
secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar
kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak
mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian
ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan
seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling
menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi
tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran
kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

10 perkara yang mematikan hati.....


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar
Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang
bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami
memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?"
Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan
sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu
tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan
syukurnya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak
menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak
beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak
lari daripadanya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak
bersedia baginya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu
lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu mngubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak
jadikan pelajaran bagi mereka.

Friday, August 19, 2011

Perbezaan antara Kawan, Sahabat dan Teman...



assalamulaikum...
salam ramadhan...
salam kasih syg...

Kadang-kadang terfikir di benak kepala saya..apakah perbezaan antara kawan, sahabat dan teman...
apakah ade ayat yg spesifik yg boleh menjelaskan perbezaan antara kawan, sahabat dan teman..??

semua org ada pendapat tersendiri..tapi bagi saya, perbezaan antara kwn, sahabat dan teman adalah kawan boleh di cari dimana-mana sahaja...di sekolah, di IPT, di tmpat kejra, shopping complex, kenduri kahwin, pasar malam, di laman-laman sosial seperti facebook, myspace dan sebagainya....banyak tempat boleh cari kawan...dgn senyuman, perbualan, berkenalan, dan bertukar pandangan.. disitu, tercetus nya ramai kawan...

Tapi adakah kwn-kawan td mempunyai ciri-ciri seorang sahabat?? apakah ciri-ciri seorang sahabat??
saya akan rungkai kan disini..sahabat yg baik, akan menjadikan kita seorang yg lebih baik...dari negatif kepada positif...sahabat yg baik, akan membawa kita ke jalan Allah..akan membimbing kte ke jalan yg diredhai..bukan membawa kita ke jalan hitam...sahabat yg baik akan memberikan nasihat atau maklumat serta informasi-informasi yg berguna untuk kehidupan, pelajaran dan sebagainya...sahabat yg baik akan menegur kita jika kita buat salah...tetapi dgn cara yg lembut iaitu nasihat...nada yg lembut...bukan menghentam kita secara terus terusan dgn bahasa-bahasa yg tak sedap di dengar...ade yg mengatakan "ok fine..mulut aku memang puaka!!dah mulut aku memang macam ni!!" ...kenapa perlu ada nya mulut yg b'puaka?? sedang kan masa baby, mulut kita tak berpuaka pun..mse baby kte tahu sebut perkataan "mak" je...mane kite belajar cakap benda-benda yg boleh meluka kan hati org lain?? mana datang nye bahasa-bahasa yg tak sedap di dengar??mane kite belajar semua tu?? bahasa melambangkan keperibadiaan seseorang...lebih-lebih lagi seorang wanita...taraf seorang wanita sangat tinggi..Rasulullah sendiri mengangkat martabat wanita..kenapa kite perlu rendah kan taraf kite sbg wanita dengan bermulut puaka...kadang-kadang ada wanita yg tidak sedar...dengan cara percakapan, cara berkomunikasi, orang lain boleh nmpak kite ni org yang bagaimana...cube kite tengok ustazah...ustazah yg betol-betol ustazah...ade ke ustazah yg bermulut puaka?? ada ke org yg alim, beriman dan bertaqwa bermulut puaka?? tiada bukan...kearna orang yg menjaga keperibadiannya akan menjaga bahasa nye juga...kerana bahasa yg tidak cantik..atau bahasa yg kurang sopan kdg-kadang akan melukai hati org lain...ada lagi yg mengatakan begini "ala..ko ni tacing lebih sangat la...aku baru cakap camni ko dah nak tacing lebeh2 plak!!"...sahabat yg baik akan cakap begini kah??

sahabat yg baik akan memahami perasaan kita...sahabat yg baik akan mempunyai rasa sayang terhadap diri kita...bile ade nye rase sayang...dia tidak akan sanggup melukakan hati kite...nak buat kite kecik ati pun die tak mampu...ape tah lagi nak melukakan..sebab dah ade rase sayang...sanggup ke kte nk melukakan hati org yg kite sayang?? x sanggup bukan...begitu juge dalam bersahabat...tapi yela..sedang kan lidah lg tergigit...apa tah lagi kite manusia biasa..itu la gune nye b'maafan....bile kte da tahu sahabat kite tidak suka begini dan begini..jangan la kite buat lagi..cuba elakkan...cuba same2 menjaga hati...itu jika ikhlas dalam bersahabat la...jika memang dah bosan, angkat kaki je...tapi memutuskan hubungan sillaturrahim adalah jalan yg dibenci Allah...jadi cuba memaafkan orang lain...insyaallah, kite akan rase tenang...sifat ego tidak akan membawa kte kemana-mana...kadang-kadang sifat ego juga akan memakan diri kte sendiri..

selain itu, kawan banyak ragam nye..begitu lah..begini lah....kawan ketawa ramai kan..kawan menangis ade x??hehe...kwn yg susah same susah ade x?? kawan hanya lah kwn...nilai2 sahabat tiada dlm diri seorang kawan...maybe utk diri kte..tak same utk org lain..maybe bg diri kte, dia bukan la sahabat yg baik..tp kte x tahu untuk orang lain...maybe untuk orang lain, dia adalah sahabat yg baik....jd cari kawan yg bole dijadikan sahabat...yg tak boleh jadikan sahabat, cukup hanya sekadar kawan.....kawan datang dan pergi...setiap perjumpaan ada perpisahan...^__^

kesimpulannya, kawan memang ramai...tetapi nak cari sahabat yg benar-benar sahabat yg baik amat lah payah...maybe dalam 10 kawan kite mungkin ada 1 sahabat yg baik...itu pun jika bernasib baik...walau ape pun, jangan lah berputus asa dalam mencari...cuba menilai dari segi pemerhatian...kadang-kadang kawan yg kite dah kenal lame pun tak mustahil akan menyakiti kite...semuanya bergantung pada hati masing-masing..tepuk dada tanye iman...cewah..hehe..anggap itu salah satu rencah kehidupan...kadang-kadang termanis...kadang-kadang termasin dan kadang-kadang terpahit...dan ingat lah...dunia kawan-kawan bukan segala-galanya...bagi saya keluarga adalah lebih penting dari segala-galanya....jadi apa sekali pun, fikirka keluarga dahulu kemudian baru yang lain2....itu sje untuk hari ini...ade apa-apa lagi kite chill out nanti yer...segala yg buruk datang dari diri sy sndiri...dan yg baik datang dari Allah......jazkallahu khairan kasira....assalamualaikum...

Wednesday, August 17, 2011

hari ini..

Assalamulaikum...
salam muhibah..
salam 1Malaysia...

hari ini seperti hari-hari yg biasa..waktu pagi ke kelas..mendengar ajaran lecturer sambil terlentok..hee..oleh sebab malam tadi tido pun dah pukul 1 lebih..baru tido lambat sikit dah effect..huhu..lecturer usahawan ade kongsi cerita mengenai pelajar yg memohon bantuan dermasiswa...sayu mendengar nya..rupa nye pelajar politeknik ramai yg susah-susah..dugaan buat mereka...insyaallah akan ade kesenangan untuk mereka nanti..kerana dalam buku La Tahzan juge ada mengatakan 'apabila gelap, akan ada terang benderang nya'...jadi kepada kawan-kawan yg susah-susah semua, jangan putus ase yer...kambateh!! anggap diri korang kuat seperti badang..hehe..

petang hari ni juge ada seorang sahabat mengajak saya pergi tadarus Al-Quran..anjuran jabatan..bermula pukul 5.30 ptg hingga maghrib di surau muslimah...habis claz dalam tengah hari..balik tu saya solat zohor dan kemudian terlelap...sedar2 tgk jam handphone dah pukul 5.10 minit..lame juge saya t'lelap..ya Allah..t'kocoh2 saya solat asar dan kemudian bersiap2 utk ke surau muslimah..saya hanya mengenakan jubah hitam yg selalu saya pakai untuk ke pusat islam dan tudung sarung...telekung saya lipat masuk dlm beg yg sy dapat semasa saay menjalani Latihan Industri di UTM Skudai..mule nye roomate sy berminat untuk join..tapi oleh kerana roomate masih belum bersih, jadi saya sorang-sorang terus mengatur langkah laju ke surau muslimah..perjalanan mengambil masa lebih kurg 15 minit untuk sampai ke surau..al maklumlah tinggal di hostel blok di bahagian belakang...jadi perjalanan pun agak jauh sedikit..

kami dibahagikan secara berpasangan...oleh kerana saya tidak membawa partner, saya telah berpasangan dengan pelajar jurusan akauntansi yg bernama sufi..sedap name nyer..kami telah dibahagikan mengikut juzuk...saya dan sufi telah membaca juzuk 12..alhamdulillah..kami sempat menghabiskan juzuk 12 tersebut sebelum sampai waktu berbuke puase..setelah itu, kami semua telah membaca ayat lazim bersama muslimin...start daripada surah Ad-dhuha..Alhamdulillah..tamat dgn sempurna..

Setelah azan berkumandang, kami dihidangkan air mineral, buah tamar dan karipap...oleh kerana ramai yg tidak hadir, byk karipap tidak habis...saya pun mkn lebih dari satu..hehe..selepas selesai solat magrib, baru lah kami dihidangkan makanan yg berat...nasi beryani, pulut kuning dan air katira...alhamdulillah..tak sangke ade makanan yg begitu sedap untuk kami..rezki2..hehe..tu saje untuk hari ini...assalamualaikum...