Blogger Backgrounds

Saturday, January 28, 2012

10 Perkara Hal Sia-Sia...

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,
menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam
kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak
dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca
secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar
kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak
mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian
ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan
seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling
menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi
tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran
kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

10 perkara yang mematikan hati.....


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar
Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang
bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami
memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?"
Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan
sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu
tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan
syukurnya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak
menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak
beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak
lari daripadanya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak
bersedia baginya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu
lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu mngubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak
jadikan pelajaran bagi mereka.